Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, cadangan itu masih di peringkat awal dan memerlukan kajian terperinci sebelum dilaksanakan.

“Alat peranti yang dibawa ke sekolah itu boleh digunakan sebagai alat pembelajaran dan alat bantuan pengajaran kepada golongan guru,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran Buku Siri Sukan terbitan Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM) dan perjanjian persefahaman antara agensi tersebut dengan Pusat Kebudayaan Han Malaysia (HCCM), di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE