Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, mangsa, Mohamad Redzuan Mustapha meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian anggota badan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Nor Azmi Isa berkata, siasatan awal mendapati motosikal jenis Yamaha Y110 ditunggangi bertembung dengan

kereta jenis Honda Civic dari arah bertentangan.

"Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa cuba memotong kenderaan lain lalu terbabas masuk ke laluan kereta menyebabkan kedua-duanya bertembung secara berhadapan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas Nor Azmi, akibat pelanggaran itu, motosikal mangsa terbakar manakala bahagian depan kereta remuk teruk dan cermin depannya pecah.

Katanya, Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) untuk bedah siasat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dikendalikan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Salmah Abu Bakar," ujarnya.