Peluang terbaharu itu berikutan Persatuan Francais Malaysia (MFA) serta KUIPs menandatangani memorundun persefahaman (MoU) baru-baru ini dan ia membuka ruang kepada para pelajar terbabit dilatih secara khusus oleh MFA selama enam bulan dalam tempoh latihan industri sebelum ditempatkan di lebih 300 franchisor yang bernaung di bawah MFA.



Ini adalah penting bagi melahirkan franchisee yang berjaya dan dapat merealisasikan sasaran kerajaan bagi mewujudkan operator perniagaan global dikalangan mahasiswa. 

Bagi MFA, ini adalah merupakan MoU yang pertama seumpamanya dimeterai oleh persatuan ini dengan institut pengajian tinggi di negara ini.



Selain itu, melalui MoU ini juga, kerjasama strategik, khidmat nasihat dan peluang-peluang perniagaan francais akan didedahkan kepada pelajar-pelajar KUIPs.



Manakala pihak MFA pula dijangka dapat memanfaatkan MoU ini melalui penyelidikan serta pembangunan industri francais tanah air. 



MoU tersebut ditandatangani oleh Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Mejar (K) Dr. Mohd Mizan Mohammad Aslam dan Pengerusi MFA, Datuk Radzali Hassan.



Majlis tersebut disaksikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Canselor KUIPs dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. 

Hadir sama Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Prof. Datuk Dr. Rujhan Mustafa. - UTUSAN ONLINE