Justeru Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim menyarankan agar pihak universiti mengutamakan pembelajaran ciri-ciri warisan Melayu dalam jurusan seni bina di peringkat universiti.


“Kita tidak mengutamakan seni bina Melayu dalam jurusan seni bina di negara ini, kebanyakannya belajar seni bina yang dibuat di negara luar sebaliknya binaan rumah Melayu tidak dipelajari kerana tidak ada silibus yang komprehensif.


“Justeru, silibus yang sesuai harus diwujudkan malah setiap universiti disarankan supaya membina sebuah rumah tempatan mengikut seni bina negeri masing-masing bagi mengangkat martabat seni bina Melayu,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas melancarkan Forum Kelestarian Warisan Seni Bina Melayu anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) di sini hari ini.


Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MPN, Prof. Datuk Raduan Che Rose; Ketua Kluster Kejuruteraan, Teknologi dan Alam Bina; Prof. Datuk Alias Abdullah dan Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya, Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong. – UTUSAN ONLINE