Muhamad Hafizudin Abdul Halim,15, dibawa ke hospital dengan menaiki kereta oleh ibunya, Rosmah Napis kira-kira pukul 5 pagi tadi.

Rosmah berkata, pada masa ini anak bongsunya yang sedang menerima rawatan di hospital berada dalam keadaan lemah.

“Dia masih muntah-muntah sehingga malam ini sejak dimasukkan ke hospital awal pagi tadi. Sehingga kini doktor memberikan ubat bagi mengurangkan kesakitannya,” katanya ketika dihubungi Utusan Online malam ini.

Hari ini Utusan Online melaporkan penderitaan Muhamad Hafizudin yang terlantar di rumahnya selepas disahkan mengalami tumor saraf.

Akibat penyakit yang jarang-jarang ditemui itu menyebabkan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Lurah Bilut dekat sini itu tidak dapat ke sekolah kerana terpaksa  menahan kesakitan setiap hari. - UTUSAN ONLINE