Insentif yang diilhamkan pengetua sekolah, Salmiah Samaie itu juga melibatkan guru-guru cemerlang bagi setiap mata pelajaran.

Ketika ditemui di pejabatnya, Salmiah berkata, insentif itu bertujuan memberi dorongan kepada para pelajar dan guru untuk memberikan yang terbaik dalam setiap peperiksaan terutama SPM dan PT3.

“Saya cuba buat kelainan bagi mengiktiraf kejayaan para pelajar dan guru dengan membawa mereka melancong ke luar negara. Perjalanan ini sekali gus membuka minda mereka mengenai dunia luar selain mempelajari perkara baharu.

“Tahun lalu, pelajar cemerlang telah dibawa ke Indonesia (Jakarta, Bandung dan Bogor) dan tahun ini kita bercadang melancong bersama pelajar cemerlang ke Hong Kong pada 29 April hingga 1 Mei ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Selain melancong ke Hong Kong, 13 calon SPM 2016 yang mendapat 6A ke atas turut menerima bantuan RM100 setiap seorang daripada pengusaha kantin sekolah.