Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pelaburan ECER di Terengganu cecah RM29.4 bilion

KUALA TERENGGANU 19 Mac – Terengganu terus memacu transformasi sosioekonomi dengan mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelaburan pilihan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dengan meraih pelaburan domestik dan asing bernilai RM29.4 bilion sehingga tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Seri Jebasingam Issace John berkata, pertumbuhan pesat dalam sektor pembuatan menyumbang 51.3 peratus daripada keseluruhan pe­laburan, diikuti bioekonomi sebanyak 22.6 peratus.

Katanya, perkembangan se­pan­jang hampir sedekad itu sekali gus mewujudkan lebih da­ri­pada 30,000 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat.

Beliau memberitahu, transformasi sosioekonomi negeri ini bakal dilonjakkan menerusi projek-projek pembangunan ber­impak tinggi yang akan dilak­sa­­nakan dalam projek Kuala Terengganu City Centre (KTCC).

“Projek KTCC berjalan lancar dengan kerja-kerja pembinaan rancak dijalankan manakala jambatan angkat sepanjang 632 meter yang menghubungkan muara selatan dan muara utara di KTCC dijangka siap menjelang suku ketiga tahun ini.

“Antara projek yang sedang dilaksanakan di KTCC ialah pembangunan bercampur bernilai RM2.4 bilion oleh Tiara View Housing Development Sdn. Bhd. Projek ini merangkumi sebuah hotel, apartmen servis, soho, pusat beli-belah dan taman tema yang bakal dibangunkan di kawasan seluas 3.8 hektar,” katanya

Beliau menyatakan sedemikian selepas mesyuarat pelaksanaan dan penyelarasan ECER negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di sini hari ini.

Menurut Jebasingam, sehingga kini Taman Biopolimer Kertih (KBP) telah menarik pelaburan sebanyak RM6.8 bilion manakala Taman Industri Berat Kemaman (KHIP) pula sebanyak RM5.5 bilion.

Katanya, projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) sepanjang 600 kilometer juga dijangka mewujudkan lebih banyak pusat pertumbuhan di seluruh negeri di samping merangsang ekonomi dan sektor pelancongan.

“Pelaburan oleh syarikat bumiputera turut menjadi penggerak penting kepada pertumbuhan ekonomi Terengganu dengan 57 projek bernilai RM3.7 bilion telah menerima sama ada insentif cukai daripada ECERDC, geran [email protected] atau kedua-duanya sekali.

“Daripada jumlah ini, 41 projek bumiputera dalam bidang pembuatan, perkhidmatan dan pelancongan bernilai RM736.4 juta te­lah menerima manfaat daripada Dana Mudahcara [email protected] berjumlah RM101.2 juta,” katanya

Selain itu, menurut Jebasi­n­gam, sehingga kini seramai 11,355 rakyat negari ini dengan 93 peratus adalah daripada kumpulan B40 telah menerima manfaat daripada program seperti empower ECER, enterpreneur ECER, Agropolitan dan TeraS sekali gus mewujudkan 3,389 usahawan.

Katanya, bagi program empo­wer ECER menerusi Program Latihan Akademik pula seramai 6,946 pelajar dengan 77 peratus daripada mereka mencatatkan prestasi akademik lebih baik malah, 21 peratus meraih 5A dan ke atas dalam UPSR, PT3 dan SPM pada 2016.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain