Pengurus Syariah & Governance of Islamic Capital Market, Bursa Malaysia Berhad, Muhammad Hasanan Yunus berkata, broker saham dan bank pelaburan perlu menggalakkan pelabur-pelabur melabur secara patuh syariah.


“Indeks Syariah Malaysia (ISM) merupakan Indeks Syariah pertama di dunia yang diperkenalkan pada Februari 2015 sebagai penanda aras.


“ISM perlu bagi menentukan tahap pencapaian negara dari aspek prinsip-prinsip syariah,” katanya ketika berucap di Simposium Saham Utusan 2017 di Dewan Besar Utusan.


Dalam pada itu, institusi kewangan islam di negara ini perlu dipertingkatkan bagi menggalakkan lebih banyak pelaburan berlandaskan syariah, sekaligus menjana pulangan pendapatan negara lebih tinggi.


Beliau berkata, penelitian perlu daripada pelbagai pihak dan aspek termasuk cadangan untuk meningkatkan jumlah Institusi Kewangan Islam dalam Bursa Malaysia Berhad. - UTUSAN ONLINE