Pelabuhan itu ialah Pelabuhan Jing Tang dan Pelabuhan Tianjin (China) serta Pelabuhan Kemaman, Sabah dan Kuching (Malaysia) yang bertujuan mempertingkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang. Ia termasuk sebagai pelabuhan pendidikan; latihan dan perantisan; bantuan teknikal; pertukaran maklumat dan perkembangan trafik; serta penggalakkan perkhidmatan perdagangan antara pelabuhan.

“China mempunyai pelabuhan terbaik di dunia dan kerjasama ini akan membuka laluan untuk masa depan yang baik bagi kedua-dua negara dalam memanfaatkan sumber dan potensi rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan CMPA kali kedua di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Beliau berkata, pakatan pe­labuhan itu turut bertujuan memudahkan perdagangan dengan menggunakan pelabuhan di Malaysia dan China sebagai pintu masuk.

“Dalam usaha untuk menghubungkan perniagaan Malaysia dan China, penggiat logistik perlu memperluaskan penerokaan mereka ke kedua-dua negara,” katanya. – BERNAMA