Pengarah Urusan Johor Skills Development Centre (Johor Skills), Ja'apar Samat berkata, aduan berkaitan masalah tersebut turut diterima beliau terutamanya daripada syarikat swasta.

Walau bagaimanapun, setakat ini aduan itu tidak melibatkan pelatih daripada Johor Skills kerana mereka sentiasa menekankan perkara itu seperti disiplin, komitmen kerja dan berfikiran positif.

 "Semalam saya bertemu dengan wakil sebuah syarikat Korea yang memberitahu ada dalam kalangan pekerja Malaysia terdiri daripada golongan muda ini baru kerja selama dua hari tetapi lepas itu terus tidak datang kerja.

 "Biarpun belum menjadi masalah serius, namun perkara seumpama itu perlu dibendung," katanya  selepas Majlis Penutupan Minggu Jalinan Mesra Program Future Workers Lepasan Siswazah Sesi 2/2018 di Johor Skills yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Dr. S. Ramakrishnan di sini sebentar tadi.

Ja'apar berkata, masalah seumpama itu jarang melibatkan pekerja asing dan atas sebab itu ada beberapa sektor pekerjaan, syarikat lebih berminat untuk mengambil mereka kerana tidak akan berdepan masalah seumpama itu. - UTUSAN ONLINE