Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, sistem tersebut diwujudkan bertujuan menangani masalah pemalsuan identiti melibatkan pekerja asing.


“Semua pekerja asing perlu melakukan pengecaman cap jari biometrik di lebih 3,000 klinik yang berdaftar. Sistem itu akan diintegrasikan dengan Sistem Imigresen Malaysia (myIMMS) yang dibangunkan dan dikendalikan HeiTech Padu Berhad.


“Secara keseluruhannya, pekerja asing yang ingin bekerja akan melalui dua lapisan sistem pengecaman biometrik iaitu di pintu masuk dan ketika membuat saringan pemeriksaan kesihatan,” katanya dalam sidang akhbar selepas pelancaran sistem tersebut di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE