Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pekebun kecil akan menerima sokongan pendapatan daripada IPG jika harga getah jatuh bawah RM2.20 sekilogram.

Jelasnya, dalam usaha meningkatkan pendapatan pekebun kecil, kerajaan komited membantu meningkatkan kepelbagaian penggunaan getah tempatan dalam produk-produk industri.

"Sebagai contoh, kerajaan akan memperluaskan penggunaan getah tempatan sebagai bahan campuran dalam pembinaan jalan raya bagi meningkatkan daya ketahanan jalan di samping mengurangkan kos penyelenggaraan.

"Kerajaan menyasarkan penggunaan teknologi Bitumen Terubahsuai Getah Bekuan (CMB) terutamanya untuk pembinaan jalan raya di kawasan pelabuhan dan perindustrian secara berperingkat. Untuk tujuan ini, sebanyak RM100 juta diperuntukkan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan Belanjawan 2019 di Parlimen, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE