Calon Bebas Parlimen Cameron Highlands, Wong Seng Yee mendakwa, keadaan itu disebabkan kos pembungkusan produk seperti kotak tidak boleh dibuat tuntutan berbanding di bawah sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Katanya, keadaan tersebut membebankan golongan pekebun yang juga terpaksa berhadapan dengan penurunan harga sayur-sayuran sejak lapan bulan lalu.

"Semasa GST, mana-mana pekebun yang ada mendaftar perniagaan mereka boleh membuat tuntutan untuk alat pembungkusan produk namun setelah SST diperkenalkan, mereka tidak boleh lagi membuat tuntutan semula.

"Keadaan ini sememangnya membebankan pekebun di sini kerana mereka terpaksa menanggung kos tambahan lain," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE