logo jakoa
 

Ketua Pengarahnya, Datuk Ajis Sitin berkata, penutupan ini dibuat setelah menilai keperluan operasi pejabat-pejabat kecil di perkampungan Orang Asli serta fungsi, keupayaan dan tenaga kerja yang dimiliki di pejabat-pejabat daerah.

Katanya, bangunan pejabat kecil yang berada di RPS Terisu tersebut juga akan dirobohkan tidak lama lagi.

“Di kesempatan ini, Jakoa ingin menegaskan sangat mengambil berat mengenai kebajikan masyarakat Orang Asli di seluruh negara. Pelbagai usaha dan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan serta agensi bukan kerajaan yang lain sentiasa dilakukan demi memastikan masyarakat Orang Asli mendapat bantuan kebajikan yang mencukupi,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan mengenai penduduk Orang Asli di RPS Terisu berharap pejabat Jakoa di RPS Terisu dibuka semula selepas ditutup sejak 10 tahun lalu. - UTUSAN ONLINE