Jaminan itu diberikan Peguam bela yang mewakili Shahidan, Zuhair Ahmad Zakuan ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, Shahidan kini berada di tanah air tetapi enggan mengulas lanjut lokasi ahli politik itu berada.

"Kalau tiada perkara luar jangka yang berlaku, insya-Allah Datuk Seri (Shahidan) akan hadir esok," katanya.

Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat lalu mengeluarkan waran tangkap terhadap Shahidan kerana gagal hadir untuk menghadapi pertuduhan kes dipercayai mencabul seorang gadis bawah umur.

Waran itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Johari Hassan setelah Ketua Pendakwa Raya Perlis, Mohd. Nordin Ismail membuat permohonan tersebut.

Hari ini, polis memberi amaran kepada Shahidan supaya hadir ke Mahkamah Kangar esok, atau berhadapan kemungkinan Ahli Parlimen Arau itu ditangkap. - UTUSAN ONLINE