Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pegawai Palapes perlu berani 
tegakkan kebenaran – Agong

SULTAN MUHAMMAD V berkenaan menyampaikan pedang kepada Pegawai
SULTAN MUHAMMAD V berkenaan menyampaikan pedang kepada Pegawai Kadet Terbaik Pegawai Rendah Muda, Mohamad Zaiman Shaary daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Palapes Universiti Awam Ke-36 di Shah Alam, semalam. BERNAMA

SHAH ALAM 12 Ogos – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V hari ini bertitah menyeru pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) agar mempunyai sikap berani menegakkan kebenaran, demi mengangkat martabat angkatan tentera di kaca mata masyarakat.

Titah baginda, sebagai pegawai tentera mereka juga harus sentiasa bersikap positif selain sentiasa memperbaiki diri serta boleh menerima teguran.

“Beta berharap graduan yang telah diterapkan melalui latihan ketenteraan Palapes juga akan dapat memberi nilai tambah kepada negara dan bangsa.

“Usaha harus terus dipertingkatkan bagi menarik lebih ramai mahasiswa dan mahasiswi dari pelbagai kaum mengikuti program ini sekaligus meningkatkan lagi semangat muhibah antara kaum menerusi latihan yang berteraskan esprit de corps ini,” titah baginda.

Yang di-Pertuan Agong yang juga Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertitah pada Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Palapes Universiti Awam Ke-36 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh; Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd. Johari Baharom dan Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Hassan Said.

Sultan Muhammad V bertitah, program Palapes yang diperkenal sejak 1980-an itu dilihat telah berjaya meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi universiti awam yang menyertainya.

“Sebab itu, program Palapes ini perlu dimantapkan lagi dengan usaha penambahbaikan oleh semua pihak khususnya Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pendidikan Tinggi.

“Program ini juga harus disokong dan didokong dengan lebih efektif kerana ia membantu Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang terlibat menyediakan mahasiswa dan mahasiswi yang bersahsiah tinggi dan berilmu,” titah baginda.

Pada tahun ini, seramai 1,832 pegawai kadet Palapes yang terdiri daripada Kor Askar Wataniah Tentera Darat, Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Pasukan Simpanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari 18 buah universiti awam seluruh negara telah ditauliahkan.

Daripada jumlah itu, 33 orang da­ri­padanya ditauliahkan sebagai kadet terbaik keseluruhan. – BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain