LEE LAM THYE
LEE LAM THYE

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, sokongan sepenuhnya diperlukan dari semua pegawai dan anggota kerana perkara tersebut tidak mampu dilaksanakan beliau secara berseorangan.

Katanya, sikap ambil lewa dan kegagalan mematuhi prosedur asas pada masa lalu merupakan antara penyebab warga PDRM berhadapan dengan pelbagai masalah

“Sebagai sebuah daripada agensi penguatkuasaan undang-undang yang menandatangani Ikrar Bebas Rasuah anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), PDRM sebenarnya telah pun mengorak langkah untuk melaksanakan fokus kedua iaitu menangani isu rasuah dan memupuk integriti.

“Saya percaya usaha Ketua Polis Negara memerangi rasuah sehingga ke akar umbi termasuk memberi tumpuan kepada pegawai muda akan mencapai kejayaan jika ia mendapat sokongan penuh warga PDRM dan masyarakat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE