Penasihat Majlis Perundi­ngan Melayu (MPM), Dr. Rais Saniman berkata, jika perkara itu tidak dilakukan maka selama-lamanya peniaga Melayu dan bumiputera akan ketinggalan ke belakang dalam bidang ekonomi.

“Kita bercakap berdasarkan pengalaman dan apa yang kita lihat, jika tidak mahu ketinggalan jauh ke belakang, monopoli peniaga Cina da­lam rantaian penawaran serta perbekalan perlu dipe­cahkan,” katanya dalam sesi dialog bertajuk Perban­dingan Kemakmuran Ma­laysia dan Norway: Bumiputera Boleh Makmur anjuran MPM di sini, hari ini.

Yang turut menjadi panel ialah ahli antropologi Christian Michelsen Institute (CMI) Norway, Roald Moi dan Mari Norbakk.

Mengulas lanjut selepas sesi dialog tersebut, Rais berkata, peniaga Melayu tidak boleh menyalahkan peniaga Cina dalam soal berkenaan.

“Kita tidak boleh salahkan orang Cina dalam soal ini. Apa yang boleh dilakukan ialah kerajaan perlu sediakan insentif cukai kepada peniaga agar ada ruang kerjasama dijalinkan antara peniaga Cina dan peniaga Melayu.

“Kita kena kurangkan berpolitik dan fokus kepada ekonomi,” katanya.