Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datin Asmawati Ahmad berkata, mendahului senarai pertukaran ialah Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah yang akan menyandang tugas sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) Bukit Aman yang baharu.

Menurut beliau, turut bertukar ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) yang akan diisi oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohmad Salleh kerana pe­nyandangnya, Datuk Seri Mohd. Mohktar Mohd. Shariff akan bersara.

Manakala Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Abdul Ghafar Rajab pula ujar beliau, akan bertukar portfolio sebagai Pengarah Pe­ngurusan bagi menggantikan kekosongan tempat Zulkifli.

Jelas beliau, Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. pula mengambil tugas Mohmad sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah.

“Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor akan memegang jawatan Ketua Polis Selangor dan tempatnya diganti oleh Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA, Datuk Amer Awal.

“Setiausaha PDRM, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. pula akan mengisi kekosongan jawatan Ke­tua Polis Johor sementara Timbalan Pengarah (Pematuhan) JIPS, Datuk Noor Azam Jamaludin dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Asmawati memberitahu, turut ditukarkan ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Abd. Aziz Yusof yang akan mengi­si kekosongan jawatan Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA Bukit Aman.

Jelasnya, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Zakaria Ahmad pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah Siasatan dan Perundangan, Jabatan Siasatan Jenayah.

“Timbalan Pengarah (Pelucuthakan Harta/ Perundangan/ Tahanan) JSJN, Datuk Mohd. Dzuraidi Ibrahim pula akan memegang jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak manakala Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat akan mengambil alih jawatan yang ditinggalkan oleh Mohd. Dzuraidi,” ujarnya.

Pada 11 Jun lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, PDRM akan membuat rombakan melibatkan peringkat atasan di semua jabatan di Bukit Aman dalam masa terdekat.