Polis Diraja Malaysia
 

Turut diumumkan ialah kenaikan pangkat dan pertukaran 38 pegawai kanan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Senior Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata, Pengarah Pengurusan, Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah mendahului senarai pertukaran apabila dilantik sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman.

Menurutnya, jawatan Zulkifli akan diambil alih oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman Datuk Abdul Ghafar Rajab.

Ujarnya, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh pula dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman sementara

jawatan beliau akan diisi oleh Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

“Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor dilantik sebagai Ketua Polis Selangor dan jawatannya diisi oleh Timbalan Pengarah KDNKA (Kepolisan Am) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Amer Awal,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Ujar Asmawati, Setiausaha PDRM Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd akan dilantik sebagai Ketua Polis Johor sementara Timbalan Pengarah (Pematuhan Standard) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman, Datuk Noor Azam Jamaludin pula dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan. - UTUSAN ONLINE