Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, PDRM turut menzahirkan rasa dukacita di atas kematian Boon Chee, 65. 

“Beliau memasuki perkhdimatan pada 1 Oktober 1973 sebelum bersara atas pilihan sendiri pada 13 Mac 1994. Pangkat terakhir mendiang sebelum meninggalkan pasukan adalah Timbalan Penguasa di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman.

“Atas jasa dan pengorbanan beliau dalam mempertahankan keselamatan serta menjaga keamanan negara daripada ancaman pengganas komunis, mendiang dianugerahkan pingat Bintang Seri Pahlawanan Gagah Perkasa (SP) oleh Yang di-Pertuan Agong ke-7,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Fuzi memberitahu, PDRM bersama seluruh rakyat negara ini akan sentiasa mengenang serta menyanjung tinggi jasa serta pengorbanan Boon Chee.

Malah beliau berkata, pemergian mendiang adalah satu kehilangan besar buat negara selain berharap keluarga Boon Chee tabah dalam menghadapi ketentuan takdir.

“Mayat mendiang kini berada di kediamannya di Taman Bukit Mewah Fasa 9, Kajang dekat sini dan akan dibakar di Pusat Xiao En, Jalan Kuari. esok,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE