Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, bekas Perdana Menteri itu mempunyai kelayakan tertentu yang membolehkan mereka menerima kawalan keselamatan.

"Kita akan kekalkan mengikut SOP. Beliau akan mempunyai pegawai Aide De Camp (ADC), pengawal peribadi dan pemandu.

"Bukan semua akan ditarik balik. Kami hanya mengurangkan sahaja," katanya selepas Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Warga PDRM di Bukit Aman, di sini hari ini.

Najib dalam Facebook miliknya hari ini memberitahu, kesemua pegawai keselamatan, polis pengiring serta pegawai bantuan yang ditugaskan kepadanya sudah ditarik balik oleh kerajaan baharu kecuali seorang pegawai ADC. - UTUSAN ONLINE