Menurut Pengarah Eksekutif Amnesty International (AI) Malaysia, K. Shamini Darshini, penggunaan peruntukan undang-undang itu secara langsung telah merencatkan perjuangan kebebasan bersuara di negara ini.

"Akta Hasutan 1948 telah dilaksanakan terlalu lama dan digunakan untuk menghalang kebebasan bersuara di negara ini.

"Kami menyeru kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya menggugurkan segala tuduhan terhadap individu yang telah ditangkap dan mengembalikan moratorium terhadap undang-undang menindas seperti Akta Hasutan 1948," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memberitahu, tiga individu yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur hinaan terhadap Sultan Muhammad V ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948. - UTUSAN ONLINE