Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi negeri, Tan Hong Pin berkata, kerajaan negeri bersetuju memberi kuasa tersebut kepada PBT.

“Garis panduan yang dibuat perlu mengambil kira kebiasaan masyarakat setempat dengan membabitkan aspek keselamatan awam dan pelanggan, kebersihan ruang letak kenderaan dan tidak menimbulkan gangguan kepada aliran trafik.

“Oleh itu, PBT dan Ahli Majlis perlu berkomunikasi dengan penduduk setempat untuk mengatasi masalah itu seterusnya mencapai konsensus menang-menang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Cheo Yee How (PH-Perling) berhubung insiden kemalangan membabitkan kenderaan dan pelanggan restoran di meja makan yang dibuka di tempat letak kenderaan awam pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE