Ibrahim Abu Thurayeh, 29, yang hilang kedua-dua belah kakinya dalam serangan tentera Israel satu dekad lalu merupakan antara lima penduduk Palestin yang terbunuh dalam tunjuk perasaan membantah keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Zeid Ra’ad dalam satu kenyataan membidas keputusan Trump itu sebagai provokasi berbahaya dan menyalahkannya kepada peningkatan keganasan di Asia Barat.

Berdasarkan siasatan awal, tentera Israel mendakwa pasukan itu secara tidak sengaja menyasarkan lelaki berkenaan dan tidak menemukan bukti akan sebarang kegagalan profesional atau moral. - AFP