Sesi khas itu diadakan atas permohonan Bangladesh dan Arab Saudi dengan sokongan 33 negara anggota daripada 47 anggota forum berkenaan termasuk kedua-dua negara tersebut.

Menurut sumber PBB, sesi itu dijangka akan membincangkan isu pembunuhan, rogol dan jenayah lain yang dilakukan terhadap etnik tersebut yang telah memaksa 600,000 etnik itu melarikan diri ke Bangladesh sejak 25 Ogos lalu. - Reuters