RAFIZAL ABD. RAHIM

Ketuanya, Rafizal Abd. Rahim berkata, caj itu tidak wajar ditanggung pengguna yang membayar bil air mereka di Pos Malaysia memandangkan agensi berkenaan telah mempermudahkan urusan PBAPP dalam soal bayaran utiliti berkenaan.

“Jika benar Pos Malaysia mengenakan caj itu kepada orang ramai, maka kos itu perlu ditanggung PBAPP, bukannya pengguna,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini, orang ramai merungut kerana terpaksa mengeluarkan bayaran tambahan sebanyak 90 sen daripada bil PBAPP mereka yang dibuat menerusi kaunter Pos Malaysia.

Tambahan caj itu dikenakan Pos Malaysia kepada PBAPP, namun dipindahkan kepada pengguna untuk bulan seterusnya.

Dalam masa sama, beliau mendesak PBAPP memansuhkan segera caj tersebut dan mengambil tanggungjawab membayar caj berkenaan kepada Pos Malaysia.

“Apatah lagi PBAPP sebelum ini juga telah menaikkan surcaj air sebanyak 100 peratus selain masih menunggu keputusan kenaikan tarif air di negeri ini.

“Maka, adalah wajar agensi berkenaan lebih bertanggungjawab, bukannya dilihat seolah-olah membebankan pengguna,” katanya.