Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pertama kali bersama pasukan mengayuh dan mengetuainya hingga ke penamat sejauh 1.5 kilometer (km) di Sungai Sarawak.

Bagi tempat kedua pula ia dimenangi pasukan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak dan ketiga Timbalan Ketua Menteri 3 yang disertai Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Acara itu juga disertai Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bersama pasukan Ketua Menteri Sarawak; Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bersama pasukan kementeriannya.

Sementara itu, acara utama iaitu Raja Sungai bagi Bidar 30 Pekayuh Lelaki diungguli oleh pasukan Landas 11 yang membawa pulang wang tunai RM10,000 dengan mencatat masa tujuh minit 40 saat.

Pasukan kedua pula dimena­ngi Yayasan Sarawak (RM8,000) dengan mencatatkan masa tujuh minit 45 saat dan ketiga, Landas 31 (RM6,000) dengan masa tujuh minit 54 saat.

Perlumbaan perahu yang diadakan buat kali ke-145 itu bertemakan ‘Perlumbaan Bagi Perpaduan’ dalam usaha kerajaan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.