Karnival tersebut berlangsung selama sebulan di Galeri Jualan Pasdec dan empat hari bermula 14 Februari ini di Kuantan City Mall di sini.

Ketua Pegawai Operasi Pasdec, Goh Song Han berkata sepanjang tempoh Jualan Angpau 2019 berkenaan, tawaran menarik seperti pagar automatik, penyaman udara dan angpau tunai hingga RM20,000 akan diberikan kepada pembeli unit kediaman terpilih yang diba­ngunkan Kumpulan Pasdec di daerah ini seperti di Bandar Putra, Chendor Utama, Vista Verde, Balok Perdana serta Pasdec Damansara.

Katanya, tawaran diskaun dan rebat tunai lumayan juga diberikan ke atas hartanah terpilih di Pusat Komersial Chendor, Pasdec Bizpoint Balok, Pasdec Idaman dan Temerloh untuk memberi peluang kepada orang ramai memiliki hartanah.

“Rentetan sambutan memberangsangkan terhadap karnival Jualan Angpau tahun lalu, kami yakin tawaran istimewa Jualan Angpau 2019 ini meningkatkan lagi sambutan dan permintaan orang ramai terhadap produk baharu serta terkini sekali gus memperkukuh­kan kedudukan Pasdec sebagai pemaju hartanah terunggul di negeri ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Song Han berkata, sepanjang Jualan Angpau 2019, Pasdec me­nyasarkan jualan hartanah terpilih bernilai RM14 juta termasuk hartanah komersial untuk di­sewakan.