Pengarah Tourism Malaysia Kelantan, Hafiz Hazin berkata, sasaran ini ditetapkan membabitkan pelancong dari dalam dan luar Kelantan sempena Tahun Melawat Kota Bharu 2018.

Katanya, pasar tani terapung unik di Pengkalan Datu yang dibuka sejak awal September lalu merupakan sebahagian daripada strategi pihaknya bagi meningkatkan sektor pelancongan di Kelantan.

“Selain membeli barang-barang di sini dengan harga murah, pengunjung juga boleh mencuba beberapa lagi aktiviti menarik seperti melihat proses membuat wau dan gasing serta berpeluang menaiki ‘River Cruise’ meninjau panorama sekitar Sungai Pengkalan Datu ini.

“Pihak Tourism Malaysia sentiasa mengalu-alukan sebarang produk pelancongan kerana kita ingin mempelbagaikannya supaya pelancong sentiasa ditawarkan dengan pelbagai perkara baharu,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat pasar itu, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE