Ini kerana tarikh itu bukan sahaja disambut oleh rakyat negara ini sempena Hari Malaysia semalam, malah merupakan tarikh perkahwinan mereka.

Lebih manis, kenderaan yang membawa pasangan tersebut melalui Lebuh Raya Pasir Gudang, Masai dan Ulu Tiram me­nuju ke Dewan Raya Taman Johor Jaya untuk majlis persandingan, dekat sini diiringi oleh konvoi 33 buah kereta yang turut mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera semua negeri.

Bertemakan semangat dan warna merah biru Johor Darul Ta'zim, konvoi tersebut turut di­sertai motosikal berkuasa tinggi daripada Johor Bikers.


Video oleh RAJA JAAFAR ALI

Menurut Dr. Thiagarajan, dia berbuat demikian bagi meraikan perkahwinan mereka dengan mengumpulkan kenalan daripada pelbagai kaum.

Beliau yang bertugas sebagai doktor di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru berkata, bapanya S. Kandapan yang banyak membantu menyiapkan semua acara termasuk menyediakan konvoi berkereta dan motosikal.

Sementara itu, Dr. Jeaneta turut mengakui amat gembira kerana keluarga suaminya begitu bersemangat menyambut Hari Malaysia dengan acara yang sungguh gemilang sambil meraikan hari perkahwinan mereka.