Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, kelantangan Perdana Menteri itu membuktikan Malaysia adalah antara negara Islam yang berada di hadapan dalam isu ini.


Katanya, malah sehingga kini, masih terdapat beberapa negara Islam yang tidak mempunyai kesungguhan untuk menentang tindakan AS apabila mengambil pendekatan berdiam diri.


“Isu Baitulmuqaddis ini membuktikan kepentingan memilih kerajaan yang komited kepada Islam untuk membela dan mempertahankan hak umat Islam.


“Mujurlah kita pergi (Sidang Kemuncak OIC) kerana itu saluran untuk kita bercakap dan tanda sensitiviti terhadap musuh.


“Kita harap kerajaan akan terus konsisten membela dan mempertahankan hak Palestin dan umat Islam serta tidak mengikut telunjuk AS dan sekutu-sekutunya,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas menyampaikan kuliah di hadapan Pejabat Perhubungan Pas negeri di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE