Pada masa yang sama, Pas juga mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak menyiasat Tommy kerana kes melibatkan Menteri Kewangan itu merupakan isu berkepentingan umum dan keputusan Jabatan Peguam Negara amat pelik.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, apa yang berlaku bukan sahaja sedang ditertawakan oleh rakyat, tetapi dipersoalkan banyak pihak kerana dalam kes serupa, bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo sebelum ini terpaksa meringkuk dalam penjara.

“Tommy jika benar dia seorang pengamal undang-undang yang mempunyai integriti adalah lebih baik dia segera berundur kerana apa yang berlaku adalah bukti jelas bahawa Tommy tidak lagi layak untuk menjadi Peguam Negara.

“SPRM pula sebagai badan yang diberi kuasa untuk menyiasat kena siasat hal ini, konflik kepentingan ini, kerana tidak memadai sekadar menzahirkan rasa terkejut kerana SPRM ada kuasa menyiasat,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.