Kiraan akhir undian tersebut menunjukkan parti Kebangsaan pimpinannya hilang dua kerusi berbanding kiraan awal undian pada malam pilihan raya yang berlangsung pada 23 September lalu.

Walau bagaimanapun parti Kebangsaan masih kekal menguasai 56 kerusi Parlimen berbanding parti pembangkang, Parti Buruh yang memperoleh 46 kerusi.

``Saya tidak fikir keputusan ini melemahkan sama sekali kerjasama kedua-dua parti kerana dasarnya masih belum berubah,’’ kata English.

Keputusan pilihan raya itu yang masih belum muktamad menunjukkan parti-parti utama tidak mempunyai undian mencukupi untuk membentuk kerajaan tanpa kerjasama dari parti Pertama New Zealand yang memperoleh sembilan kerusi. - REUTERS