Sebaliknya, agensi tersebut hanya boleh meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan termasuk mengenakan kompaun sekiranya perkara tersebut berlaku.

Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang Salehuddin Abang Shokeran berkata, sekiranya kesilapan itu dilakukan oleh agensi kerajaan pihaknya akan menghantar surat teguran agar mereka tidak mengulanginya.

"Bagi syarikat luar pula, mereka perlu mendapatkan kelulusan daripada PBT dengan menepati beberapa syarat termasuk mengutamakan bahasa kebangsaan.

"PBT hanya akan memberikan kelulusan sekiranya semua syarat dipatuhi," katanya kepada Utusan Online ketika ditemui dalam majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara DBP dengan Pusat Bahasa The Language House.

Semalam menerusi ruangan Rencana, akhbar Utusan Malaysia menyiarkan kebimbangan mengenai lambakan papan tanda yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa utama. - UTUSAN ONLINE