Titah baginda, mana-mana pusat tahfiz swasta yang beroperasi tanpa mendapat sijil dan pengiktirafan daripada kerajaan negeri perlu ditutup serta-merta.

“Akhir-akhir ini terdapat banyak pusat tahfiz swasta diwujudkan dan memohon sumbangan orang ramai untuk beroperasi.

“Kerajaan negeri perlu memantau kesemua pusat tahfiz di negeri ini dan mesti mendapat sijil dan pengiktirafan sebelum memulakan operasi.

“Mana-mana pusat tahfiz yang melanggar syarat, hendaklah ditutup serta merta,” titah baginda ketika berucap merasmikan majlis Sambutan 100 Tahun Pendidikan Islam Negeri Johor Darul Ta’zim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE