Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pantau ciri keselamatan di pusat pengajian seluruh negeri

HULU TERENGGANU 14 Sept. - Kerajaan negeri meminta pihak berkuasa yang berkaitan agar melakukan pemantauan menyeluruh terhadap ciri keselamatan di pusat-pusat pengajian di negeri ini termasuk milik swasta atau individu.


 Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, undang-undang dan peraturan yang ditetapkan perlu dikuatkuasakan dan dipatuhi agar tragedi menyayat hati di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat pagi hari ini tidak berulang atau dapat dihindar.


“Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Majlis Perbandaran, Majlis Daerah dan agensi lain yang berkaitan diminta agar memantau dan melakukan pemeriksaan.


“Buat pemeriksaan seluruh bangunan, kita akan kuatkuasakan perkara ini dan pastikan segalanya ikut peraturan atau undang-undang,”ujarnya. 


Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan Festival Kenyir 2017 di Dataran Gawi, di sini hari ini.


Ahmad Razif yang amat sedih dengan tragedi itu merakam ucapan takziah bgi pihak kerajaan dan rakyat di samping mengharapkan anggota keluarga bersabar dan tabah menempuh dugaan itu.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain