Menurutnya, penganjuran F3000 Powerboat Antarabangsa Melaka 2014 yang berakhir Ahad lalu telah mendapat sambutan menggalakkan daripada para peserta dan orang ramai termasuk pelancong bersempena cuti sekolah ini.

Beliau berkata, lokasi di Dataran 1Malaysia Klebang kini dilengkapi pelbagai kemudahan lengkap termasuk di sekitarnya mampu menjadikan sukan permotoran itu salah satu tarikan untuk orang ramai termasuk pelancong dari luar negara berkunjung ke negeri ini.

“Acara F300 Powerboat adalah sukan bertaraf antarabangsa itu mempunyai potensi untuk dimajukan di negeri ini seterusnya menjadi destinasi wajib penganjuran acara tersebut pada masa akan datang.

“Melalui usaha ini, ia dilihat mampu menarik lebih ramai pelancong ke Melaka malah kerajaan negeri sentiasa menyokong aktiviti sukan permotoran dengan menyedia dan mempertingkatkan kemudahan dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berucap ketika majlis penutupan perlumbaan F3000 Powerboat Antarabangsa Melaka 2014 di Dataran 1Malaysia Klebang, di sini semalam.

Yang turut hadir Presiden Persatuan Permotoran Integrasi 1Malaysia, Razali Bidin.

Menurut Ab. Rahaman, kejohanan Powerboat antarabangsa itu bukan acara asing di negeri ini malah ia telah mendapat perhatian peminat sukan tersebut sejak diperkenalkan beberapa tahun lalu.

“Ternyata sukan ini mempunyai peminatnya yang tersendiri menjangkaui peminat yang sanggup datang dari luar negara demi memenuhi kepuasan menyertainya dan tidak mustahil Melaka akan menjadi destinasi pilihan pada masa akan datang,” ujarnya.

Selain itu katanya, pelbagai acara sukan lain seperti kejohanan jet ski, Melaka Sprint Race dan Pertandingan Layang-layang juga sering diadakan di Dataran 1Malaysia bagi mempelbagaikan lagi jenis sukan di kawasan tersebut.

“Pelaksanaan acara ini juga dilihat amat bersesuaian berdasarkan makluman positif yang diterima malah kita percaya dengan adanya program seperti ini, golongan muda dan belia boleh melibatkan diri dalam aktiviti yang sihat," jelasnya.

Sementara itu pada majlis tersebut, pelumba dari Papua New Guinea, Scott McCook yang mewakili pasukan PNG Wantok Racers muncul sebagai juara kejohanan bagi siri ketiga 2014 itu.

Tempat kedua pula dimenangi Tan Chiew Peng dari Johor diikuti Tony Chew Hoo Aik di tempat ketiga.