Dengan penempatan pasukan penyelamat dan menara tinjau, kawasan pantai seluas 100 meter dan sejauh 50 meter dari darat yang ditandakan itu dibuka untuk aktiviti riadah pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad dari pukul 4 petang hingga 7 malam bermula minggu ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, kewujudan zon tersebut akan menambahkan tarikan pantai peranginan di pinggir pusat bandar raya ini yang selama ini terjejas kerana berisiko bagi mereka yang ingin mandi-manda.

“Sebagai permulaan Jabatan Perta­hanan Awam Malaysia (JPAM) dengan dibantu sukarelawan Transformasi Te­rengganu Baharu (TTB) akan memantau dan menjaga keselamatan orang ramai bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat kawasan itu petang semalam.

Yang hadir sama Pengarah JPAM ne­geri, Che Adam Abdul Rahman.