Ahli Parlimen Muar itu mencatat sejarah tersendiri dengan menjadi menteri penuh termuda pada usia 25 tahun.
Syed Saddiq tiba di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), di sini pada pukul 9 pagi untuk bertemu dengan kakitangan kementerian itu sebelum mengadakan lawatan ringkas dengan diiringi Ketua Setiausaha KBS, Datuk Lokman Hakim Ali.


Syed Saddiq dalam ucapannya berkata, kementerian itu akan bergerak sebagai satu keluarga dengan budaya kerja baharu termasuk menerapkan gaya hidup aktif dalam kalangan kakitangan.


Katanya, beliau akan meneruskan program-program yang baik hasil peninggalan bekas menteri sebelum ini, Khairy Jamaluddin sebelum merangka program baharu yang lebih berkesan.


“Saya harap orang panggil saya 'bro' Saddiq, panggilan YB (Yang Berhormat) membuatkan saya rasa seperti berusia.


“Saya juga ingin menerapkan budaya hidup aktif ... kita akan berjoging bersama pada waktu pagi atau lepas kerja, petang kita berjoging,” katanya berseloroh selepas mendaftar masuk memulakan tugasannya, hari ini. - UTUSAN ONLINE