Kedutaan itu menyifatkan kelahiran tersebut sebagai `utusan persahabatan baharu’ kepada Malaysia dan China yang memberi tuah.

“Kami berharap anak panda gergasi itu akan membesar dengan baik dan menantikannya menjadi lucky star kepada hubungan persahabatan antara China dengan Malaysia,” kata kedutaan itu dalam satu kenyataan, semalam.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini mengumumkan anak panda itu dilahirkan selepas 89 hari daripada tarikh persenyawaan pasangan panda gergasi berkenaan pada 18 Oktober tahun lalu.

Walau bagaimanapun, jantina anak panda gergasi itu masih belum dapat dipastikan.

Pasangan panda gergasi tersebut sebelum ini mempunyai seekor anak dinamakan Nuan Nuan yang lahir pada 18 Ogos 2015, juga di Zoo Negara.

Pada November tahun lalu, Nuan Nuan dihantar pulang ke negara kelahiran asal ibu bapanya di Pangkalan Panda Dujiangyan, Sichuan, China. - UTUSAN ONLINE