Ketua Pegawai Eksekutif Asian Heritage Museum Sdn. Bhd. (AHM), K. K. Tan berkata, pameran ini mendapat sambutan menggalakkan dan terdapat permintaan supaya pameran ini dijadikan pameran kekal.


“Kami menganggarkan seramai 10,000 pengunjung sudah hadir dan kebanyakan mereka memberikan maklum balas yang positif terhadap pameran ini.


“Setakat ini syarikat kami selaku penganjur pameran ini hanya akan melanjutkan tempoh pameran ini, sebarang kemungkinan untuk dikekalkan akan dipertimbangkan nanti,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Pameran ini dirasmikan pada 31 Ogos 2017 yang lalu oleh yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan masih mengekalkan kemasukan secara percuma pada setiap hari, bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang. - UTUSAN ONLINE