Duta Besar Palestin ke Malaysia, Datuk Dr. Anwar H. Al-Agha berkata, Malaysia selama ini terkenal dengan kelantangannya dalam membela hak rakyat Palestin di peringkat antarabangsa.

“Malaysia merupakan negara yang paling kuat menyokong Palestin terutama dalam usaha mempertahankan kedudukan Baitulmuqaddis.

“Saya berharap hubungan dua negara ini dapat terus terjalin sekerana hubungan Malaysia dengan Palestin ibarat adik beradik,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof di pejabatnya di bangunan Parlimen, hari ini.