Menteri Luar Palestin, Riyad al-Malki mempersoalkan kepentingan untuk mengadakan pertemuan dengan Amerika ketika negara itu menutup pejabat mereka di Washington.

“Secara praktikalnya dengan menutup pejabat itu, mereka membekukan kesemua mesyuarat dan kami menjadikan perkara itu sebagai rasmi,” katanya, semalam.

Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang dianggap masyarakat antarabangsa mewakili Palestin perlu mendapatkan kebenaran untuk beroperasi di Washington dan permit itu diperbaharui setiap enam bulan oleh Jabatan Negara AS.

Namun minggu lalu, jabatan itu enggan memperbaharui permit berkenaan. - AFP