Timbalan Pengarah Bahagian Promosi Domestik, Mohd. Amirul Rizal Abd. Rahim berkata, pakej-pakej tersebut merupakan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan terutama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bagi memperkenalkan pelbagai destinasi pelancongan menarik berasaskan pertanian.

“Pakej-pakej ini tidak sahaja menjanjikan percutian yang menarik tetapi yang lebih penting memberikan kita pelbagai pengetahuan dan pengalaman ketika melawat destinasi-destinasi yang melibatkan tanaman, penternakan dan melakukan pelbagai aktiviti yang menyihatkan.

“Dengan harga pakej yang berpatutan, pakej-pakej se­­perti Gaharu Tea Valley Gopeng di Gopeng Perak, Kompleks Warisan Igrom di Kampung Gajah Perak, Sahom Valley Agro & Eco Resort di Kampar Perak, UK FARM di Kluang Johor dan AS Equestrian Centre di Kampung Rawa Hilir, Ne­geri Sembilan adalah antara destinasi yang sangat menarik untuk dilawati seisi keluarga,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai yang berminat boleh membuat tempahan dengan melayari Agro Tourism Packa­ges di Laman Web www.malaysia.travel