Bantuan itu disumbangkan oleh PV Power Engineering Sdn. Bhd. yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasinya, Yusry Mustafah kepada Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pada majlis Pelancaran 4 x 4 Skuad Bencana NGO Generasi di pekarangan Wisma Darul Iman, di sini petang ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.

Dalam majlis itu sebanyak lapan buah kenderaan pacuan empat roda dilepaskan yang disertai seramai 100 anggota sukarelawan skuad bencana NGO Generasi.

Sementara itu, Wan Sukairi berkata, kesemua bantuan pakaian persekolahan itu telah diagihkan kepada tujuh NGO di negeri ini termasuk NGO Generasi bagi keperluan semua mangsa banjir di Terengganu.

Malah beliau turut berharap supaya lebih banyak syarikat swasta tampil mengikut jejak langkah syarikat PV Power Engineering Sdn. Bhd. dalam usaha membantu mangsa bencana di Terengganu terutama di musim tengkujuh ini.

"Kita ucapkan terima kasih kepada syarikat ini (PV Power Engineering Sdn. Bhd.) yang berpusat di Johor manakala pemiliknya adalah anak peneroka Felda di negeri ini," ujarnya. - UTUSAN ONLINE