Perjalanan terakhir Raja Rosly yang lebih dikenali Pak Engku menuju alam akhirat itu turut disaksikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Selain itu, ratusan sahabat handai termasuk golongan kenamaan, artis dan kerabat turut hadir memberikan penghormatan kepada Allahyarham.

Pak Engku menghembuskan nafasnya yang terakhir di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) di Seksyen 14, di sini kira-kira pukul 9.10 malam semalam dipercayai akibat penyakit kencing manis. - UTUSAN ONLINE