Kempen berkenaan dilancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Bandar dan Orang Asli negeri, Datuk Abd. Aziz Mat Kiram yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Menurut Abd. Aziz, melalui program itu, kerajaan negeri bersama pihak-pihak berkaitan merancang pelbagai aktiviti dalam menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

“Kerajaan negeri terus mengeluarkan perbelanjaan yang besar dalam memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan kali ini.

“Objektif program ini adalah meningkatkan semangat patriotisme dan rasa cintakan tanah air dalam kalangan rakyat Malaysia berbilang kaum,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan kempen itu Dataran Raub di sini hari ini.

Yang hadir sama Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji. - UTUSAN ONLINE