Perhimpunan yang akan berlangsung sehingga pukul 2 petang itu juga turut bergema dengan laungan takbir 'Allahuakbar' dan slogan 'Ummah Malaysia'.

Sebanyak 20 tokoh dari pelbagai bidang dijangka akan tampil mengutarakan pelbagai isu yang kini jelas membelenggu orang Melayu selepas era pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) termasuk liberalisme dan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC). - UTUSAN ONLINE