SHAHIDAN KASSIM
SHAHIDAN KASSIM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata, buat ketika ini, terdapat beberapa laporan berkenaan kemasukan orang hanyut Rohingya ke dalam sempadan perairan Pantai Barat semenanjung.
“Kapal-kapal Maritim Malaysia yang membuat rondaan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak akan dibekalkan dengan stok makan dan minuman untuk diagihkan kepada kepada kumpulan tersebut.
“Ini sebelum mereka dibawa ke pangkalan Maritim terdekat dan diserahkan kepada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk urusan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE